Salam
mahabbah buat sidang pembaca. Moga Allah sentiasa rahmati kita dengan cahaya
keImanan dan keIslaman pada diri kita, keluarga serta masyarakat kita semua,
Amiin.
7 Petala
Cinta ?
Sekiranya kita bicara mengenai ‘7 Petala Cinta’, pastinya penggemar filem dan cerita yang berunsurkan cinta yang bersulamkan sedikit genre Islamic akan cuba menonton serta menghayatinya bermula dengan sinopsis sehingga kepada perjalanan dan pengakhiran cerita. Apa pun filem yang banyak ‘part’ yang saya rasakan agak tidak sesuai dilakon serta diketengahkan dalam cerita ini demi membawa sebuah title ‘Islamic’, tidak akan menjadi topik penulisan saya pada kali ini.
Catatan
ringkas Daurah Tafsir minggu ke-3
Ketika Guru yang saya hormati, Ustaz Ikmal membaca bait
syarah Syaikh Muhammad Ali Ash-Shabuni dalam Kitab Shafwatut
Tafasir untuk ayat ke-3 Surah al-Mulk ;
“Dialah
yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau
tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan
yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah
pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?”
Antara
isi penting yang sempat saya coret dan catatkan, Ustaz Ikmal sempat
menceritakan serba sedikit mengenai tafsiran ‘7 petala langit’ berpandukan
ingatannya menurut pandangan pengkaji moden Islam dan para ulama yang mempunyai
sedikit khilaf (perbezaan). Menurut sains moden, langit di bumi dibahagikan
kepada 7 lapisan iaitu :
- Troposfera
- Stratosfera
- Ozonsfera
- Mezosfera
- Termosfera
- Lonosfera
- Egzosfera
Menurut
Ustaz Ikmal, seorang pengkaji dan cendekiawan Islam yang tidak asing bagi kita
iaitu Harun Yahya atau nama
sebenarnya Adnan Oktar menafsirkan maksud ‘7
petala langit’ pada ayat ini dan ayat-ayat yang berkaitan di dalam AQ adalah
merujuk kepada 7 lapisan yang dinyatakan oleh sains moden ini.
Namun para ulama moden ada yang tidak bersetuju dengan
pandangan beliau ini dengan mengambil pandangan ulama terdahulu yang merujuk
kepada nas hadith yang Nabi pernah menyebut mafhumnya ;
“apa yang dilihat itu masih belum melepasi langit pertama..”
Justeru, sedikit ilmu yang dapat kita fahami pentafsiran sebenar
hakikat bagaimanakah ‘rupa’nya 7 petala langit ini sukar untuk kita gambarkan. Malah
sekiranya kita hendak cuba soroti lebih mendalam mengenai pengkajian isu ini
kita pasti akan bertemu dengan pelbagai pandangan sama ada daripada para ulama
mahupun saintis yang mengkaji.
Subhanallah. Sangat besar dan luas ilmu Allah. Tidak mampu
tergambar di benak fikiran kita.
sedikit nota style 'tulisan Dr' yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca
Muhamad Hazwan Bin Hamidan
19 Rabi’ al-Akhir 1435 / 19 Februari 2014
Bilik Kuliah 2 (aras LG)
Masjid Putrajaya