Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan
Salam mahabbah dan ukhuwwah buat semua sidang pembaca. Moga Allah
sentiasa merahmati dan memberikan petunjuk kepada kita, ameen~
Isu di Syiria sudah tidak asing lagi apabila ianya sudah menjadi
isu penting bukan sahaja buat masyarakat Islam malah buat semua manusia di
dunia sama seperti isu Palestin yang dari dulu tidak habis diperjuangkan.
Atas kesedaran itu Prof. Dr. Muhammad Ali Al-Sobuni yang merupakan
seorang ulama tafsir dan ulama terkemuka di Syiria ,menjadikan Malaysia sebagai
salah satu Negara yang diziarahinya bertujuan untuk memberikan penerangan jelas
melalui road show nya akan situasi sebenar yang berlaku di Negara nya agar melahirkan rasa FAHAM dan SEDAR bagi
masyarakat kita untuk sama-sama memperjuangkannya.
Alhamdulillah, salah satu muhadharah yang sempat dan
diizinkan oleh Allah untuk saya ikuti semasa Syeikh turun di Fakulti Pengajian
Islam UKM, baru-baru ini. Syeikh Dr. Ali menggunakan bahasa Arab fushah
sebagai medium perantaraan rasminya dalam setiap sesi cerama beliau. Apa yang
menarik, ceramah kali ini penterjemah tidak banyak menterjemahkan kata-kata
Syeikh dan hanya mengulas sedikit isi penting dan kesimpulan di akhir ceramah. Hal
ini bagi saya bersesuaian dengan fakulti tersebut yang bagi saya semestinya
pendengar boleh memahaminya, he3. InsyaAllah beberapa isi penting yang saya
sempat catatkan melalui kefahaman yang terhad dan cetek akan penguasaan bahasa
Arab akan saya cuba kongsikan dalam artikel kali ini.
Sebenarnya tidak banyak kelainan isi ceramah Syeikh dalam setiap
ceramah di setiap tempat Syeikh ziarahi. Keseluruhannya lebih berkisar kepada
beberapa input umum dan penting yang mesti masyarakat kita tahu dan sedar.
bersama akhi Shahir yang setia turun ke 'medan' ilmu , he3
Perkongsian PENTING !
1) Kepentingan dan kewajipan memperjuangkan tanah air Syiria adalah
sama penting malah lebih penting dengan memeprjuangkan tanah Palestin.
2) Tanah air Syiria bukan hanya diperjuangkan oleh rakyat Syiria
semata-mata.
Golongan Syiah telah membunuh begitu ramai penganut aliran Ahli
Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di Syiria.
3) Syiria merupakan isu penting yang perlu diperjuangkan oleh semua
umat Islam seluruh dunia.
4) Syeikh menggelarkan ‘Hizbullah’ (tentera Syiah di Iran) sebagai ‘Hizbus
Syaiton’ (tentera Syaitan) kerana kekejaman yang telah mereka lakukan kepada
masyarakat Islam yang menganut aliran ASWJ di Syiria.
5) Di akhir sesi ceramah Syeikh, seorang pensyarah FPI telah bertanya
satu soalan kepada Syeikh :
SOALAN :
“Apakah pandangan dan respon Syeikh mengenai Syeikh Dr. Ramadhan
al-Butti dan Syeikh Taufiq yang bersekongkol atau bersama-sama dengan Basyyar
Assad , adakah mereka berijtihad sehingga melakukan sedemikian ??
JAWAPAN :
Secara ringkasnya Syeikh memberitahu hakikatnya mereka tidak
berijtihad tetapi mengarut. Mereka tergolong dalam golongan Mujrim (bersubahat),
mereka bukan Ulama’ tapi ‘Umala (tali barut). Syeikh sangat marah
dan bertegas kepada ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan
menyelewengkan fakta yang sebenar. Syeikh mengeluarkan padangan tersebut
berdasarkan firman Allah :
“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita
seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami.
kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan
mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami
kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia
mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing,
jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau
membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang
yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya
mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Menurut Syeikh, ulama juga tidak terlepas daripada kesesatan dan
tertipu dengan ilmunya. Sebab itulah terjadinya Ulama yang menjual fatwa untuk
kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan
tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan
mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual
agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.
Kesimpulan
Sebagai rakyat dan manusia yang Allah berikan akal fikiran yang
berpandukan wahyu ilahi seharusnya kita mampu berfikr dan membuat pertimbangan dalam
setiap keadaan, situasi dan masalah yang mendatang. Moga Allah sentiasa
memberikan petunjuk dan membantu masyarakat Islam di Syiria juga umat Islam di
seluruh dunia, ameen~