Ukhuwah Bertaut Kembali
Cuti semester penuh bermakna apabila di dalamnya diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan dapat mengeratkan hubungan. Alhamdulillah cuti semester kali ini saya dapat banyak luangkan masa bersama keluarga. Dapat bersama-sama balik kampung di Johor, menghadiri walimah sepupu di Pahang, hinggalah dapat bermalam dan melawat salah satu pusat peranginan terkenal di Pahang iaitu Bukit Tinggi., he3 (^_^)
Semasa pergi ke Pahang, kami sekeluarga sempat menziarahi dan bermalam di rumah atok saudara sebelah ayah di Bandar Jengka. Panggilan Tok Itam atau Pak Itam sudah menjadi panggilan rasmi beliau. Kebetulan pada masa itu kesemua anak-anak dan cucu-cucunya ada di rumah. Alhamdulillah, kunjungan kami yang julung-julung kali ini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama kami yang begitu lama tidak dieratkan disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan pekerjaan dan rumah tangga masing-masing.
Dilahirkan Fitrah
Pada masa itu, sempat bermain dengan 3 orang cucu Tok Itam. Salah seorangnya bernama Hafiy. Seronok bermain dengan mereka walaupun mereka hanya mampu terbaring dan ketawa kecil.. Inilah anugerah terindah, semoga mereka digolongkan dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah.amin (^_^)
Hadith
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (ar-Rum ,ayat 30)