Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan
Salam mahabbah buat
semua pembaca. Moga kita sentiasa dalam rahmatNya, amen.
Ramadhan
: Satu Bulan Yang Dinanti-nantikan
"Ya
Allah, Berkatilah kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami
ke bulan Ramadhan. Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Lembut lagi Maha
Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy
yang agung. Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung."
Masyarakat kini
lebih gemar kepada ungkapan serta sambutan ‘bulan’ dan ‘hari’ istimewa. Sambutan
seperti ‘Hari Ibu’, ‘Hari Bapa’ , ‘Hari Kekasih’ , ‘Bulan Mahabbah’ dan
lain-lain pastinya dapat menghidupkan serba sedikit rasa sentimen di hati
masing-masing kepada sesuatu agenda dan perkara yang perlu dikenang serta dihargai
bersama-sama.
Namun suatu ‘bulan’
yang lebih penting bagi semua umat Islam untuk bersama-sama nantikan serta
menyambutnya tidak lain dan tidak bukan iaitu Bulan Ramadhan al-Mubarak yang di
dalamnya tersimpan berjuta-juta malah seinfiniti RAHMAT, KEAMPUNAN serta
PENGAMPUNAN DOSA yang tidak terbatas buat kita.
IPG KDRI:
Persediaan Yang Sangat Membanggakan
Kehidupan yang
hampir 5 tahun di bumi KDRI ini sentiasa dapat memperlihatkan saya kepada satu
suasana kehidupan beragama yang sentiasa diperjuangkan serta diperaktikkan oleh
segenap masyarakat di kampus yang tidak terbatas hanya kepada para siswa guru,
malah turut didokong oleh kesemua bariksan pensyarah yang ada.
Ia tidak lain
hanyalah mahukan bumi KDRI ini terus subur dengan wangian keIslaman yang
dizahirkan melalui antaranya majlis-majlis ilmu di Balai Islam al-Muttaqin,
alunan-alunan Qasidah memuji kekasih kita Rasulullah SAW, kuliah tujuh minit oleh
para pensyarah setiap kali selepas waktu zohor ,daurah-daurah kitab turath dan
program-program rasmi IPG di bawah anjuran JPP IPG KDRI bersama BADAM yang
merupakan satu nadi dan platform dakwah.
Natijah kepada semua
usaha ini tidak lain hanyalah mengharapkan bumi KDRI terus dilimpahi rahmat
oleh Allah serta dikurniakan biah solehah yang akhirnya membawa KDRI
menjadi ‘Negara Islam’ kecil yang Allah janjikan baldatun toyyibatun wa
rabbun ghafur, amen ya Rabb
"Jikalau
sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah
Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi,
tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka Kami siksa mereka
disebabkan perbuatannya." (QS Al A'raf : 96)
JPP KDRI : The ‘Way’
To Baraka Month
Secara peribadi saya melihat pihak JPP sudah menggerakkan jentera
mereka untuk menghadapi satu bulan yang penuh dengan barokah ini. Perang poster
dan mesej berkenaan makluman kepada pelancaran Ihya’ Ramadhan dan
program-program awal untuk menghadapi bulan ini sedang dipergiatkan.
Namun apa yang dikesalkan, sekiranya kesedaran dan kesemua usaha
ini hanya tertumpu kepada kepimpinan tertinggi siswa guru yang ada tanpa
disokong dan didokong oleh kesemua masyarakat kampus, saya melihat impak yang
besar untuk mengharapkan kesedaran ini didokong bersama-sama tidak akan mudah
untuk dicapai.
Justeru, saya menyeru diri saya dan seluruh siswa guru untuk
bersama-sama menyokong, membantu serta menyebar luas segala gerak kerja yang
sedang dirangka dan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan tertinggi di KDRI
ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, sesuatu matlamat program dan usaha yang
telah dilakukan tidak akan dapat tercapai dengan sempurna
Wallahualam