“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah mengatakan: Asy-Sya’bi berkata: “Tidak akan terjadi hari kiamat sampai ilmu menjadi satu bentuk kejahilan dan kejahilan itu merupakan suatu ilmu. Ini semua termasuk dari terbaliknya gambaran kebenaran (kenyataan) di akhir zaman dan terbaliknya semua urusan.”
Di dalam Shahih Al-Hakim diriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr secara marfu’ (riwayatnya sampai kepada Rasulullah): “Sesungguhnya termasuk tanda-tanda datangnya hari kiamat adalah direndahkannya para ulama dan diangkatnya orang jahat.” (Jami’ul Ulum wal Hikam, hal. 60)
DAURAH BERSAMA SYEIKH
Tidak pernah ana terfikir dapat bertentang mata dan mendengar kuliah seorang pejuang agama Allah yang sangat terkenal dengan kehebatan ilmu agamanya lagi disegani ramai. Walaupun usianya sudah masuk kepada usia emas, namun tekadnya menyebarkan agama Allah masih terserlah. Beliau yang lebih sinonim dengan tulisannya Fiqh Sirah bukan sahaja terkenal di Tanah Arab malah di seluruh pelusuk dunia khusunya di negara-negara Islam yang lain.
Tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadan al-Bouti yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di Damascus University.
Dapat meluangkan masa beberapa jam dalam program bersama syeikh yang dianjurkan oleh pihak Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (KUIS) di Masjid al-Azhar,KUIS baru-baru ini. Walaupun syeikh mengakui tiada satu tajuk khusus yang hendak disampaikan, namun berjuta-juta taujihat ataupun panduan yang telah diberikan kepada kami.
Sepertimana hadith yang ana nyatakan di awal penulisan, ulama adalah pewaris para nabi dan nabi tidak pernah mewariskan kepada kita sedikit harta pun. Namun ‘harta’ paling bernilai yang ditinggalkan adalah ilmu pengetahuan. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diwarisi oleh ulama. Matinya seorang alim belum tentu dapat diganti dengan beberapa orang alim kerana seorang alim yang sebanding malah lebih baik daripada yang telah kembali pun belum tentu dapat dicari ganti.
Beberapa taujihat atau panduan yang telah disampaikan oleh syeikh ingin ana kongsikan kepada semua pembaca…
“janganlah kita jadikan iblis sebagai ikutan atau pemimpin kita…”
“berapa ramai manusia yang tidak bersyukur kepada Allah…”
“manusia yang di dalam dirinya merasakan kehambaan yang sebenar-benarnya, maka iblis tidak akan mampu menghasutnya…”
“tugas HAMBA hanyalah mentaati segala perintah dan menjauhi laranganNya…”
“manusia PASTI melakukan kesilapan, namun keimanan yang ada itulah ubatnya…”
“manusia yang melakukan kemungkaran terbahagi kepada 2 golongan iaitu:
- Golongan yang BANGGA dan SERONOK dengan kemungkaran yang dilakukan
- Golongan yang melakukan kemungkaran kerana kealpaan serta kesilapannya (orang-orang beriman) “
Akhir penulisan ingin ana bawakan satu kata-kata syeikh yang amat menyentuh mata hati pendengar :
“ Kadang-kadang ada manusia yang tegelincir dari jalan Allah.., namun kembali semula memperhambakan diri…
Kadang-kadang ada manusia yang tergelincir dari jalan Allah.., namun terus-menerus di dalam kemaksiatan tersebut..”
Renung-renungkanlah dan selamat beramal.. (^_^)