Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga ‘ibrah daripada peristiwa disebalik ‘pengorbanan’ ini dapat kita jadikan satu penguat dalam mengharungi medan-medan dakwah..amin
Alhamdulillah sudah semestinya cuti sekolah amat-amat diidamkan oleh semua manusia yang bergelar pelajar sekolah, tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apa yang menyeronokkan juga, setiap cuti sekolah ini sudah pasti menyamai cuti semester bagi setiap guru-guru pelatih yang menuntut di setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia..he3
Bagi guru-guru pelatih yang sudah lama merancang untuk pergi bercuti@melancong, masa cuti ini digunakan sepenuhnya untuk memenuhi niat tersebut. Manakala bagi yang merancang untuk mendapatkan pendapatan lebih, seluruh masa cuti ini pasti digunakan untuk mencari kerja. Segala bidang pekerjaan pasti diceburi daripada bekerja di Mall dan kedai-kedai runcit sehingga bekerja di kebun-kebun atok di kampung..(^_^)
Namun mungkin ada juga yang hanya mahu mengahabiskan masanya bersama keluarga dan membantu melunaskan kerja-kerja di rumah. Walau apapun pekerjaan yang dilaksanakan, diharapkan perkara penting iaitu niat yang betul-betul ‘ikhlas’ perlu sentiasa didasari dan diUTAMAkan.
Perlu ana ingatkan kembali kepada semua sahabat dan sahabiah yang sempat mengikuti kuliah maghrib ana yang terakhir di Balai Islam sebelum bermulanya cuti semester iaitu ana mengharapkan ‘kerja rumah’ yang ana berikan untuk dijadikan satu perkara wajib yang mesti dilaksanakan iaitu membaca serta menghabiskan buku ‘Hari-Hari Dalam Hidupku’ , terbitan Pustaka Salam yang ditulis oleh Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Buku ini memaparkan kisah seorang srikandi pejuang Islam yang bergiat dalam kumpulan Ikhwanul Muslimin di Mesir satu ketika dahulu. Kisah benar yang diceritakan kembali oleh penulis ketika disumbat ke dalam penjara oleh Presiden Mesir ketika itu iaitu Jamal Abdul Nasser yang banyak memaparkan pengalaman serta penderitaannya dianiaya di dalam penjara tersebut. Gigitan anjing serta pukulan dan terajang daripada pihak tentera menjadi satu ‘hiburan’ di dalamnya.
Sama-samalah kita menghayati serta mengambil semangat perjuangan serikandi ini menerusi tulisannya ini.. (^_^)
‘Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’ (Surah Muhammad:7)