Ya Allah Ya Tuhan kami berkati dan rahmatilah ikatan pernikahan ayah dan ibu ku yang tersayang ini,, semoga berbahagia dunia akhirat dan kekal hingga ke SYURGA-MU...aminn ya rabb..
Alhamdulillah, 26 Disember 2009 tahun yang lepas, genaplah 23 tahun usia perkahwinan ayah dan ibu saya yang tercinta... Tak terluah rasanya ape yang terbuku dihati ni....
Buat Ayah dan Ibu,
Kemaafan ku wakilkan untuk semua anakanda-anakanda kalian,ku pohon ampun dan maaf serta redha kalian dalam pada kami ingin meneruskan perjuangan yang diredhai Allah ini, kalungan terima kasih kami hulurkan dengan penuh kasih sayang tanda hormat kami buat ayah dan ibu yang telah banyak berkorban segalanya untuk membesarkan dan membentuk kami menjadi manusia yang dekat dan kenal PENCIPTA yang Maha Hebat, kami mohon doa dan restu kalian mudah-mudahan kejayaan dan kebahagian menjadi milik kita bersama dunia dan akhirat seiring dengan keberkatan yang Esa,,,amiinn ya rabb...
Terimalah sebuah lagu dari Hijjaz, Belaian Ibu :
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Sebenarnya banyak perkara yang ingin diluahkan, nak dicerita, nak dikongsi segalanya kepada ibu dan ayah...tapi yang selebihnya tu biarlah hanya Allah sahaja yang tahu dan menjadi azimat yang tersimpan dilubuk hati wan khususnya...
Untuk yang terakhirnya, sampai di sini dahulu untuk post kali ni...pesanan saya untuk diri sendiri dan semua sahabat serta sahabiah.., sayangi dan hormatilah ayah dan ibu kita kita dengan rasa cinta dan kasih yang moga-moga akan mengumpulkan kembali kita semua di satu daerah yang abadi...insyaAllah...amin (^_^)