Ahad, 10 Jun 2012

Cuti Sekolah Bermula

Oleh : Muhamad Hazwan Bin Hamidan

Salam mahabbah buat semua pembaca. Rasanya masih belum terlambat untuk saya mnegucapkan selamat bercuti buat semua pelajar2 sekolah juga kepada siswa guru IPG seluruh Malaysia. Moga cuti kita beroleh manfaat buat diri, keluarga dan masyarakat.. insyaAllah.

Alhamdulillah kerana masih diberikan serta dipinjamkan masa untuk menulis sedikit peringatan buat diri di ruangan sepi blog ini. Moga diri ini serta para pembaca dapat beroleh petunjuk dariNya, ameen.




Sakaratul Maut : Satu Muqaddimah Awal 

 
"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya."
(Surah an-Nahl: 61)


Diberikan ruang serta peluang oleh Allah kepada diri untuk mendengar kuliah maghrib di Surau al-Muhajirin, Taman Kajang Utama pada suatu malam. Suatu kuliah yang telah disampaikan oleh Ustaz Khairul sangat-sangat dapat membuka minda serta mata hati pendengar yang mendengarnya dengan pendengaran yang tulen. 

Hakikatnya tidak semestinya telinga yang dipinjamkan oleh Allah itu digunakan sepenuhnya untuk ‘mendengar’. Sekiranya cara dan penghayatan mendengar itu adalah sama bagi setiap manusia, nescaya pastinya seluruh umat manusia akan berpusu-pusu untuk beriman dengan agama ketauhidan yang satu setelah mendegar seruan dari nas2 ayat-ayat AQ dan al-hadith.

Antara perkongsian penting yang telah diberikan oleh al-fadhil ustaz pada malam tersebut yang sempat saya catat dan ingat akan cuba saya kongsikan dalam ruangan post kali ini, insyaAllah.

1.    Perjalanan hidup di dunia hanya sebentar sahaja

2.    Kata kunci bagi sebuah kehidupan ialah SABAR

3.    3 kelebihan serta ciri-ciri manusia yang ingat kepada kematian :

-          Kita akan segera BERTAUBAT kepada Allah manakala kiranya kesalahan itu dilakukan kepada manusia kita akan cepat2 memohon kemaafan
-          Dimuliakan dengan hati yang bersifat QANAAH (berasa cukup dan bersyukur dengan apa yang telah ada sekarang)
-          Diberikan rasa RAJIN untuk beribadah

4.    Kata-kata Abu Darda’ ,


 
“ 3 perkara membuatkan aku ketawa (1) Melihat manusia yang bersungguh-sungguh mengejar dunia yang pada masa yang sama TIDAK SEDAR maut sedang mengikutinya. (2) Melihat manusia yang lalai namun TIDAK SEDAR Allah sentiasa melihatnya. (3) Manusia yang KETAWA terbahak-bahak namun pada masa yang sama tidak mengetahui sama ada Allah meredhainya atau tidak.

Manakala,

 3 perkara membuatkan aku menangis (1) Saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Rasulullah SAW. (2) Apabila teringat akan kesakitan sakaratul maut. (3) Ketika mengingati suatu hari di mana tidak ada rahsia padanya (hari qiamat)”






Kesimpulan

Sebelum Ustaz mengakhiri kuliahnya, beliau membawa satu kisah untuk renungan bersama. Renungkanlah bersama kisah seorang alim iaitu Ibn Qayyim al-Jauzi :

Ibn Qayyim seorang ilmuan yang hebat serta mempunyai ramai pengikut yang mengikuti kuliah-kuliahnya. Suatu hari selepas beliau mengajar, beliau dilihat oleh seorang anak muridnya dalam keadaan menangis seraya anak muridnya bertanya kepadanya “ mengapa kamu menangis sedangkan ketika kamu mengajar tadi kamu dalam keadaan yang baik?” , jawab Ibn Qayyim “ aku MALU dan TAKUT di akhirat nanti segala keburukan dan keaiban aku dipaparkan kepada seluruh manusia seumpama ramainya manusia yang hadir ke dalam kuliah ku dalam keadaan mereka HANYA melihat dan mengetahui kebaikan ku sahaja..”