Sabtu, 24 Julai 2010

Perjuangan Ditempuh Bersama...


Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (al-Hujuraat:10)


Salam mahabbah buat semua sahabat dan sahabiah..

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan pujian untuk ALLAH atas keizinanNYA menzahirkan perancangan hamba-hambaNYA. Panggilan ‘usrah’ di IPG kampus Dato’ Razali Ismail telah menukar imejnya satu ketika dahulu dengan panggilan ‘Smart Circle’, kini telah meningkat lebih jauh dan sekali lagi dijenamakan semula dengan panggila ‘Kazoku’. Adakah pertukaran nama ini disebabkan lemahnya sistem usrah itu sendiri?

Jawapannya sudah tentu TIDAK . Penjenamaan semula secara berperingkat ini disebabkan cetusan minda dan pengkajian setiap pimpinan yang memegang Lajnah Usrah Biro Agama, Kerohanian & Moral (BADAM), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada setiap sesi. Kalai ini dinamakan sebagai Kazoku yang membawa makna ‘keluarga’ dalam bahasa Jepun. Walaupun namanya berubah, namun konsep,prinsip dan matlamat USRAH itu sendiri masih sama dan terus bergerak melawan arus mehnah dan tribulasi dunia..insyaALLAH..

Pentingkah usrah ini??

Menurut satu pengertian, Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-Islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh…’

Apabila meneliti pengertian ini, sudah tentu masyarakat khususnya masyarakat pelajar yang berfikiran waras serta berminda kelas pertama akan bersetuju dan meyakini akan kepentingan usrah ini. Perlu kita fahami dengan jelas antara tujuan dan matlamat usrah itu sendiri adalah untuk memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur @ gambaran tentang Islam kepada anggota. Selain itu, ia mampu meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie. Seterusnya yang paling penting dapat menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.

Justeru perlu difahami penyertaan, iltizam dan istiqamah kita mengikuti proses tarbiah di dalam usrah membawa 1001 kebaikan serta manfaat buat diri kita khususnya dalam mendepani suasana dunia globalisasi ini.

Namun satu perkara penting yang selalu dilupakan khususnya buat naqib serta naqibah iaitu sesuatu usrah itu bolaeh rosak dan musnah disebabkan naqib dan naqibah itu sendiri. Begitu banyak punca yang dapat kita kenal pasti, antaranya :

NAQIB & NAQIBAH

· Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.

· Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuai dengan marhalah mad’u dan sasaran.

· Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.

· Tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.

· Tidak mengenal mad’u.

· Tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.

· Tidak membuat persediaan dan kajian terhadap bahan-bahan Usrah.

· Tidak segera menyelesaikan masalah.

· Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.

· Naqib tidak mematuhi arahan jamaah @ organisasi




Sabtu, 17 Julai 2010

Kerahmatan Hukum ISLAM...

Kita sering disajikan dengan hebahan-hebahan daripada media massa berkenaan dengan masalah jenayah yang semakin meruncing di negara kita. Bukan itu sahaja, gejala sosial turut juga menerima tempiasnya. Oleh hal yang demikian apakah antara formula yang dapat dilaksanakan untuk mengurangkan serta menghapuskan masalah ini daripada terus melarat?

Penguatkuasaan undang-undang adalah antara fomula dalam menyelesaikan masalah ini.Sepertimana yang pernah diutarakan oleh ketua hakim bagi England dan Wales pada satu ketika iaitu undang-undang Islam boleh memainkan peranan dalam sistem perundangan di dua negara itu. Ketua Hakim Nicholas Phillips membuat kenyataan itu selepas ketua gereja Anglican sedunia, Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams, mencetus kegemparan pada bulan Februari 2008 yang lalu apabila beliau berkata Britain mungkin menerap sebahagian daripada Syariah.

Hukum jenayah Islam mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang unggul dan sempurna,antaranya ialah :

· Undang-undang Islam sahaja yang lengkap dan paling baik untuk dilaksanakan.


· Allah sendiri sebagai penggubal mutlak yang mengetahui hakikat manusia dan undang-undang yang sesuai dengan manusia.


· Undang-undang jenayah Islam sesuai untuk semua tempat dan keadaan.


· Undang-undang Islam mementingkan keadilan dan konsep sama rata tanpa mengira kedudukan,pangkat,darjat, dan bangsa.

Hukum Islam dapat memberikan cegahan pada manusia sejagat. Hal ini dapat dibuktikan dengan firman ALLAH :




“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Maidah : 38)

An-Nawawi dalam Shahih Muslim menegaskan ayat tersebut bermaksud contoh iktibar bagi orang-orang yang melihat siksaan itu untuk mereka enggan dan menjauh diri daripada melakukan pekerjaan yang keji.





gambar hiasan