Ahad, 25 Oktober 2009

Tahaluf Siasi ??


Pada post kali ini, ana tertarik untuk berkongsi kepada sahabat dan sahabiah semua berkenaan satu isu yang mungkin sudah diketahui ramai dan mungkin juga ia adalah satu perkara baru.

Tahaluf Siasi ??

Apakah itu Tahaluf Siasi ??

Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, Ketua Jabatan al-Dakwah wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) memberikan pengertian Tahaluf Siyasi,iaitu membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Tahaluf juga ditakrifkan sebagai perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Adakah Tahaluf Siasi ini satu perkara yang baru?? bak kate orang sekarang ni 'bidaah' ?? he3..

Untuk pengetahuan sahabat dan sahabiah semua, konsep dan kaedah ini sebenarnya sudah lama diguna pakai terutamanya pada zaman Rasulullah .Baginda s.a.w. melakukan ialah perjanjian persefahaman dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.

Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.

Rasulullah s.a.w. juga mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan.

Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Jelaslah sahabat dan sahabiah semua, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Selain itu, istilah Tahaluf Siyasi menjadi satu istilah yang semakin dikenali khususnya di kalangan pendokong gerakan Islam. Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928. Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Apa yang dapat kita lihat dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Persalannya, adakah ia merupakan satu keharusan? Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?



"persefahaman membuahkan kasih sayang", gambar sekadar hiasan..he3..


Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi antaranya firman Allah daripada Surah al-Maidah, ayat 51-52 dan ayat 219 dari surah al-Baqarah.

Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari telah membuat komentar berkenaan hujah yang digunakan oleh golongan yang mengharamkan Tahaluf Siyasi, antaranya :

- Ayat yang digunakan iaitu dari surah al-Maidah, ayat 51-52 bukanlah merujuk kepada tahaluf siyasi tetapi merujuk kepada orang-orang munafik yang terus meletakkan kepatuhan kepada orang-orang Yahudi di Madinah. Ianya turun kepada ketua munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang bertindak untuk menyokong kabilahnya Yahudi Bani Qainuqa’ di dalam berhadapan dengan Nabi Muhammad SAW. Ini menunjukkan bahawa ayat ini tiada kena mengena dengan tahaluf siyasi tetapi berkenaan dengan orang yang keluar langsung dari Harakah Islam untuk bekerjasama dengan musuh bagi melawan Islam.

- Ayat 219 dari surah al-Baqarah pula bukan sahaja tidak menjadi hujah mengharamkan tahaluf siyasi bahkan menjadi peneguh kepadea keharusannya. Ini kerana daripada tahaluf siyasi yang dilaksanakan di beberapa buah negara seperti Mesir, Sudan dan Yaman, manfaat yang besar banyak diperolehi oleh kaum muslimin. Oleh yang demikian, di dalam masalah manfaat dan mudharat ini, pertimbangan berdasarkan senario semasa perlu diambil kira. Tahaluf Siyasi sebelum diputuskan hendaklah dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pakar politik dan ahli-ahli strategi.

Namun, perlu kita ketahui juga, pelaksanaan Tahaluf ini tidak lari daripada syarat-syarat yang perlu kita cakna, antaranya :

- Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
- Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
- Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
- Muwada’ah (satu persefahaman secara sementara waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah)
- Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)

Apa yang dapat kita simpulkan ialah dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf siyasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Selain itu, penyertaan gerakan Islam dalam mana-mana kerajaan seharusnya dilakukan dengen penelitian yang teliti terhadap senario politik setempat. Oleh yang demikian, pimpinan gerakan Islam perlulah sentiasa prihatin dan sensitif dengan perkembangan semasa serta kehendak masyarakat agar langkah yang diambil tidak menyebabkan kerugian di mereka nanti.


solat berjemaah adalah asas kekuatan ummah..

Ahad, 18 Oktober 2009

Sanah Helwah muncul kembali..


Masjid Terapung..

Ape ek sanah helwah tu?? Sanah Helwah ni dalam bahasa arab, jika diterjemah ke dalam bahasa melayu, maknenye hari lahir..

Seperti biasa, kelas ana PPISMP Pengajian Agama Islam semester 3 tidak akan lupa untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir ni, sejak daripada semester 1 dahulu sehingga ke saat ini.Ia merupakan salah satu program yang dirancang dalam aktiviti tutor.Nak kenal siape tutor kesayangan kami??he3..Tak lain dan tak bukan, siape lagi kalau bukan Puan Rosliza binti Abdul Aziz,yang merupakan pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan,IPG kampus Dato’ Razali Ismail ini..


Kek yang sangat sedap..nyam2..

Untuk pengetahuan sahabat dan sahabiah semua, semester 3 ni merupakan semester terakhir bagi kami sebelum melangkah kepada semester pertama Program Ijazah Sarjana Muda.Terasa masa begitu bergerak pantas meninggalkan kami.Seolah-olah kami baru sahaja melangkah masuk ke institut ini..hmm..

Sanah Helwah yang terbaru dan selamat dilaksanakan adalah pada bulan Ogos yang lepas.Individu yang diraikan iaitu yang lahir bermula pada bulan 6 sehingga bulan 9.Sambutan yang dilaksanakan walaupun tidak mewah, namun ia meninggalkan 1001 makna kepada kami semua.Sambutan itu diadakan di perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai atau terkenal dengan nama Masjid Terapung.Pelbagai aktiviti yang kami jalankan sepanjang lebih kurang sehari di situ, antaranya 999, bahtera penyelamat dan resepi nenek..he3..


aktiviti bahtera penyelamat..he3.


resepi nenek..

Walaupun kami pulang dalam keadaan yang sangat letih, namun memori di sana seakan-akan memanggil-manggil untuk kembali semula ke sana..cewah..he3..
InsyaALLAH, sambutan hari lahir bagi bulan-bulan yang seterusnya akan dilaksanakan sebelum semester ini melabuhkan tirainya..

Jumaat, 2 Oktober 2009

Nahi Munkar Tanggungjawab Bersama..



Apabila menatap kitab Nuhzatul Muttaqin Syarah & Terjemah RIYADHUS SHALIHIN jilid 1, karangan Imam Nawawi dalam hadith berkenaan bab amar ma’ruf nahi munkar, ana tertarik pada satu hadith :

Nu’man bin Basyir ra. Berkata bahawa Rasulullah bersabda :

“Perumpamaan orang yang melaksanakan perintah ALLAH dengan orang yang melanggarnya adalah seperti satu kaum yang berbagi tempat di sebuah kapal.Sebahagian orang mendapat tempat di bahagian atas, sedangkan sebahagian yang lain mendapat tempat di lambung kapal.Orang-orang yang berada di lambung kapal jika ingin mengambil air, mereka harus melewati orang-orang yang berada di atas.Mereka berkata, ‘Sebaiknya kita lubangkan saja lambung kapal ini (untuk mengambil air) agar tidak mengganggu orang-orang yang berada di atas.’ Jika keinginan mereka itu tidak dicegah, mereka semua akan binasa, sebaliknya juka dicegah, mereka semua akan selamat.”

(HR Bukhari)


Apa yang dapat kita lihat setiap kemungkaran yang terjadi dalam sesebuah masyarakat, itu merupakan titik awal hancurnya masyarakat tersebut.Setiap daripada kita perlu sentiasa menjaga sahabat-sahabat, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling daripada membuat kemungkaran yang terang dan jelas di khayalak ramai.





“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.”