Selasa, 27 Januari 2009

Kelebihan berkahwin serta kelebihan menjadi isteri...renungan untuk semua..



Ana sekadar ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda kelebihan berkahwin.

DALIL-DALIL KELEBIHAN BERKAHWIN:

1. DALIL DARI AL-QURAN

Firman Allah Taala:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah al-Nuur: 32)

Ayat di atas merupakan satu anjuran yang ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempunyai isteri supaya berkahwin.

“Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya”. (Surah al-Baqarah: 232)

Ayat di atas merupakan larangan dari Allah Taala kepada ibubapa yang enggan atau menghalang perkahwinan anak-anak perempuan mereka.

“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

Firman Allah Taala ini menyatakan satu sifat terpuji, iaitu berdoa memohon kepada Allah Taala agar dikurniakan isteri dan zuriat yang menyejukkan mata.

2. DALIL DARI HADIS RASULULLAH S.A.W :

Sabda Rasulullah s.a.w :

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas r.a)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Hadis Dha’if riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

Rasulullah s.a.w. telah bersadba: “Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Hadis Dho’if riwayat Abu Mansur al-Dailami dari Abu Said)

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Hadis Dha’if riwayat Ibnu Majah)

Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati oleh ali Hadis)

Lima hadis Rasulullah s.a.w. di atas menunjukkan beberapa fadhilat dan kelebihan yang mendorong dan menggalakkan supaya berkahwin. Ia juga menunjukkan akan kekhuatiran terhadap berlakunya zina mata dan zina faraj (kemaluan). Perkahwinan merupakan satu-satunya jalan keluar dari kekhuatiran tersebut .

3.DALIL DARI PERKATAAN PARA SAHABAT DAN ULAMAK

Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata:

“Tiada yang menghalang perkhawinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat.”

Perkataan ini menjelaskan bahawa agama tidak menghalang perkahwinan dan sebaliknya merupakan satu kecelaan terhadap orang-orang yang menghalangnya.

Saidina Abbas r.a. berkata:

“Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin.”

Ini bermaksud, tidak sempurna ibadat seseorang itu kecuali setelah hatinya dikosongkan dari segala gangguan-gangguan was-was nafsu syahwat perkahwinan. Lalu kekosongan tersebut diisi dengan Allah s.w.t. Perkara ini akan hanya akan diperolehi dengan jalan perkahwinan sahaja.

Abdullah bin Masud pernah mengucapkan:

“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang kusukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang.

Sewaktu wabak taun melanda negeri Mesir, dua orang isteri saidina Mua’z telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut. Dan ketika beliau sendiri diserang taun, katanya:

“Kahwinkanlah aku. Aku tidak suka menemui Allah s.w.t. dalam keadaan aku bujang. “

Saidina Ali r.a. telah berkahwin selepas tujuh malam kematian Saiyidah Fatimah r.a.

Saidina Umar al-Khatab r.a. adalah antara sahabat yang banyak berkahwin. Katanya:

“Aku tidak berkahwin kecuali untuk menghasilkan anak.”

Sufian bin Uyainah berkata:

“Memperbanyakkan isteri bukanlah dari perkara dunia yang sia-sia kerana saidina Ali r.a. merupakan seorang sahabat yang paling zuhud mempunyai 4 orang isteri dan 17 orang jariah. Perkahwinan merupakan jalan para anbiyak dan akhlak mereka. “

Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah berkahwin pada hari kedua kematian isterinya. Katanya:

“Aku tidak suka bermalam dalam keadaan aku bujang.”

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu :

1) Dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka.

2) Menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram.

3) Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja.

4) Dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat.

5) Dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:

i. Dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri.
ii. Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
iii. Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
iv. Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
v. Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.

TUJUAN DAN GALAKAN BERKAHWIN

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Rum ayat 21:

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.

Di dalam firman Allah s.w.t. di atas jelas dan nyata sekali akan tujuan sebuah perkahwinan iaitu:

Membina kehidupan rumahtangga yang bahagia, aman dan damai.

Untuk mencapai kesatuan jiwa. Mereka sanggup bersama sehidup semati dalam meredah liku-liku dan pancaroba hidup. Manakala setiap kesenangan dan kebahagiaan yang diperolehi akan sama-sama dikecapi.

Hidup saling cinta menyintai, berkasih sayang dan percaya mempercayai.

Tiga pengajaran utama dari ayat di atas yang digariskan oleh Syeikh Muhamad Ali Qutb melalui bukunya, Tuhfatul Aris wal Arus ialah :

Pengajaran pertama:

Ketenteraman jiwa dari belenggu kemahuan nafsu dalam kehidupan suami isteri merupakan perkara yang asasi. Ketenteraman yang dimaksudkan di dalam ayat di atas terlalu luas pengertiannya, bukan hanya sekadar ketenteraman nafsu syahwat sahaja. Bahkan merupakan suatu kelegaan dan keselesaan dari keresahan, kegelisahan, kesunyian dan kekosongan. Atau dengan makna yang lebih tepat ialah ketenteraman rohani dan ketenangan batin.

Antara bukti yang nyata sekali ialah zuriat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. terhadap pasangan suami isteri. Ianya banyak mengisi kekosongan ruang yang sedia ada dalam jiwa pasangan ini. Malahan setiap manusia akan merasa kesunyian dan keresahan tanpa zuriat. Dengan mengendalikan perkara pertama ini dengan berpayungkan al-Quran dan al-Sunah, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga akan sentiasa berada di samping mereka. Sebaliknya, melakukan zina samada dengan perempuan simpanan atau pelacur tidak ke mana arah tujunya. Hanya sekadar mahu mendapat sedikit dari kelazatan hidup.

Pengajaran kedua:

Rasa cinta yang berbalas. Iaitu yang lahir dari perlakuan antara satu sama lain, dan lahir pula dalam kerjasama serta saling bantu membantu antara suami isteri dan antara keluarganya masing-masing. Dengan semangat kerjasama antara suami dan isteri, begitu juga antara ibubapa dan anak-anak, di mana kesusahan mereka pikul bersama untuk menanggungnya, manakala mendapat kebahagiaan mereka sama-sama mengecapinya, maka darinya akan lahirlah apa yang dinamakan dengan cinta berbalas.

Pengajaran ketiga:

Rasa kasih sayang, di mana kehidupan manusia akan dirasakan terlalu pincang tanpa perasaan ini. Kasih sayang sebagai ibu, ayah, suami, isteri dan anak.

MASALAH PEREMPUAN LAMBAT KAHWIN

Masalah kahwin lambat kahwin yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ini adalah disebabkan oleh perkembangan dan perubahan sosiobudaya yang begitu pesat sekali. Perubahan ini adalah disebabkan oleh kepesatan pembangunan, khususnya dalam bidang sosioekonomi dan pendidikan. Taraf pendidikan dan penceburan wanita dalam sektor pekerjaan dan profesional terus meningkat. Ini menyebabkan perkahwinan pada usia muda telah berkurangan. Sebagai bukti, pada tahun 1956 wanita yang berkahwin pada usia 15 - 19 tahun lebih kurang 97 peratus, dan ianya menurun 6 peratus sahaja pada tahun 1988. Peratus ini berkemungkinan akan terus menurun pada dekad ini kerana negara semakin maju dan kehidupan semakin canggih .

Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan ialah pada sekitar usia 17 tahun, tetapi di luar bandar sekitar 15 - 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada umur 20 tahun. Dari itu, pada keseluruhannya penduduk Malaysia masih berkahwin pada usia muda. Contohnya, pada tahun 1988, umur perkahwinan pertama bagi wanita Melayu 19 tahun, Cina 22 tahun dan India 20 tahun.

Dahulu seorang gadis yang berusia 20 tahun dianggap anak dara tua jika belum berkahwin, tetapi sekarang ini sudah tidak begitu lagi, kerana pada usia tersebut masih ramai yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi, dan akan berlanjutan sehingga usia 24 atau 25 tahun. Itupun kalau tidak meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Mereka akan bekerja dengan sektor awam atau swasta atau istirahat sementara mendapatkan pekerjaan. Mungkan pada usia 30 tahun ke atas bolehlah dikatakan lewat terutama bagi wanita kerana ada faktor lain yang perlu diambil kira, yang berkait rapat dengan usia, seperti jangka hayat kesuburan yang berkait rapat pula dengan masalah kesihatan ketika hamil dan melahirkan anak dan sebagainya.

Faktor yang menyebabkan wanita lambat berkahwin ialah :

1.Perubahan nilai sosial.
2. Alasan ekonomi memaksa perubahan umur berkahwin.
3. Akibat perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita, seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
4. Sukar mendapat pasangan yang sesuai dan idaman hati.
5. Masalah peribadi.

Antara kesan negatif ialah:

1. Wanita yang berkahwin lambat akan melambatkan kelahiran anak pertama, tempoh subur dan selamat untuk mengandung dan melahirkan anak lebih pendek (15 - 49) tahun. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama menghadapi komplikasi yang lebih tinggi semasa mengandung dan bersalin.
2. Majoriti masyarakat memandang serong dan kurang menyenangkan.
3. Membuang masa dan kurang produktiviti (zuriat dan ibadat)
4. Bercanggah dengan tuntutan agama yang menggalakkan kahwin lebih awal bagi menghindarkan maksiat.

Kebaikan dari berkahwin lambat ialah :

1. Minda lebih matang.
2. Ekonomi stabil.
3. Pengetahuan dan kemahiran lebih sempurna.
4. Lebih bersedia dan berkeyakinan.

rujukan : http://panduanhidup.wordpress.com/2008/08
/07/kelebihan-berkahwin/


KELEBIHAN MENJADI ISTERI..

Mulianya seorang isteri disisi Allah…

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar ‘ manusia.

Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki...

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

p/s :kpd yg brnma wnta, kal0 dh brpnya 2..cpt2la kwen cz btpa untngnya mnjdi se0rg isteri drpd se0rg kksh..

Sabtu, 24 Januari 2009

Pengisytiharan...



KUALA TERENGGANU 16 Jan. - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar secara rasmi diisytiharkan menjadi IPGM Kampus Datuk Razali Ismail dan SMK Datuk Razali Ismail hari ini.


Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di IPGM Kampus Datuk Razali Ismail di sini.


Ia berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan kedua-dua institusi itu yang mahu mengabadikan nama Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.


Suasana hiba menyelubungi majlis itu ketika video pengkisahan dan belasungkawa Allahyarham ditayangkan kira-kira setengah jam menyebabkan hadirin termasuk Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menitiskan air mata.


Anggota keluarga Allahyarham yang hadir termasuk balunya, Toh Puan Nor Aini Lob Yusof dan anak sulungnya, Norazli turut dilihat menitiskan air mata kesedihan ketika tayangan video berkenaan.


Najib dalam ucapannya selepas itu berkata, pengabadian nama Razali di kedua-dua institusi itu tepat pada masanya dan ia merupakan cara terbaik untuk mengenang jasa Allahyarham.


Beliau berharap kedua-dua institusi berkenaan meningkatkan pencapaian dalam bidang masing-masing sesuai dengan imej dan legasi yang ditinggalkan Razali yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu semasa hayatnya.


''Segala himpunan idea dan gagasan Allahyarham boleh dikaji tetapi lebih baik ia dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan pelaksanaan di mana yang difikirkan patut dilakukan.


''Saya harap perkara ini dapat dilakukan dalam bidang pendidikan supaya impian beliau untuk meningkatkan pendidikan di Terengganu diberi keutamaan," ujarnya yang menyifatkan Razali sebagai ikon dalam bidang pendidikan.


Katanya, di peringkat kerajaan bidang pendidikan akan tetap diberi keutamaan dan beliau akan memastikan 15 peratus daripada peruntukan kerajaan setiap tahun untuk bidang tersebut akan dipertahankan.


Sementara itu Hishammuddin berkata, warga pendidik perlu meneruskan tugas yang ditinggalkan Razali dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.


''Realitinya sukar untuk mencari ganti pemimpin seperti Razali, namun perjuangan mesti diteruskan," ujarnya.- SUMBER - Utusan

Isnin, 19 Januari 2009

5 perkara...

Ceramah umum oleh Ustaz Yusof Mamat dari JAWI. Pada kuliah Zuhurnya
beliau telah menerangkan 5 daripada 10 panduan doa yang mustajab (doa
yang diterima Allah S.W.T dengan cepat).

1.Golongan orang yang terdesak -ditimpa oleh
malapetaka. Bacakan ayat Seribu Dinar - Surah
Talak Ayat 2.

2.Doa orang yang kena zalim-contohnya pergi masjid
kasut hilang. Doakan yang baik kepada orang yang
mengambilnya semoga dengan doa ini si polan itu
boleh menjadi baik dan tidak melakukan perbuatan
yang tidak disukai oleh Allah.

3.Doa seorang bapa kepada anaknya. Doa bapa
mudah dikabulkan oleh Allah. Bacakan surah
Thaaha Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya
sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak
itu anak yang baik.

4.Doa daripada seorang anak kepada kedua
ibubapanya. Anak hendaklah sentiasa melihat
kedua ibubapanya dengan senyum. Jika kita
berbuat baik kepada kedua ibubapa, Insya Allah
anak-anak kita akan berbakti kepada kita pula.
Hendaklah selalu berhubung denga kedua ibubapa
melalui telefon, jika tiada telefon berhubuglah
dengan berdoa. Dengan cara berbaik-baik kepada
kedua ibubapa ini beliau telah memberikan doa
Nabi Zakaria tentang masalah susah mendapat
zuriat. Doa tersebut bererti:
(Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami dari
sisi-MU keturunan(anak) yang baik;
bahawasanya Engkau Tuhan yang sangat
mendengar doa hamba-Mu).

5.Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa
kehadirannya.

Rabu, 7 Januari 2009

Taqwa...




Perkataan ini sering kita dengar di mana-mana sahaja, di ceramah agama, di rumah, di uni. Apakah erti sebenar taqwa ini? Kita tidak boleh menggunakan perkataan ini tanpa mengetahui maknanya. Seperti juga perkataan lapar. Kita tidak boleh katakan kita 'lapar' sedangkan kita tak tahu apa maknanya 'lapar'. Munurut sebahagian Ulama', Taqwa ialah memelihara diri daripada azab Allah dengan mengerjakan amal salih dan takut kepadaNya ketika terang dan sembunyi. Menurut seorang, Taqwa bukan hanya takut kepada Allah, bahkan takut tertariknya hidayah Allah, Nauzubillah!
Analogi Taqwa

Baginda Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin Kaab tentang taqwa. Ubai bertanya, " Pernahkah engkau berjalan di jalan yang berduri?" Umar menjawab, "Bahkan!" Ubai bertanya, "Apakah yang engkau lakukan apabila berjalan di jalan tersebut?" Jawab Umar, "Aku berhati-hati dan berusaha (melepasinya)". Lalu Ubai berkata, " Maka yang demikian itulah ketakwaan".

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
(Al-Anfat:29)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad) supaya Allah memberikan kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya serta diampunkan dosa kamu dan ingatlah Allah amat Pengampun lagi Maha Pengasihani
(Al-Hadid:28)

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan dan meningggalkan larangan) nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar (dari perkara yang menyusahkan) serta memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkakannya.
(At-Talaq:2-3)

Perhatikan dan renungkanlah rangkaian ayat-ayat diatas. Apakah yang kita dapati?

Ketaqwaan kepada Allah Azzawajallah merupakan asas kehidupan, kekuatan dan nur (cahaya). Ianya juga membolehkan manusia membezakan antara hak dan batil. Dengan ketaqwaan kepada-Nya, manusia mendapat jalan keluar (daripada kesusahan) kepada jalan yang penuh dengan keamanan sekalipun manusia berhadapan dengan maut dan seksaan.

Kebenaran tidak mengasingkan diri daripada fitrah tetapi hawa nafsunya yang mendindingi pendapat, pemikiran, menutupi jalan dan menyembunyikannya. Ianya tidak tertewas oleh hujjah tetapi tertewas oleh ketaqwaan.

Hakikat kepercayaan (aqidah) ini tidak akan dirasai, difahami dan diketahui melainkan kepada manusia yang melaksanakannya secara amali. Sesungguhnya urusan kehidupan sentiasa membayangi dan mengelirukan perasaan dan kewarasan. Apabila wujudnya ketaqwaan kepada Allah, nescaya terserlahlah kewarasan, nyatalah kebenaran, tersingkaplah jalan, tenteramlah hati, lapanglah segala tindakan, tenanglah jiwa dan tetap perasaan serta teguhlah engkau di dalam perjalanan.

Kini sudah ternyata kepada kita betapa pentingya ketaqwaan. Apakah pula jalan untuk kita sampai kepadanya?
Perjanjian (Mu'ahadah)
Asasnya terkandung dalam firman Allah SWT : " Dan tepatilah perjanjian dengan Allah SWT apabila kamu berjanji dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah SWT) sedang kamu telah menjadikan Alllah SWT sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang kamu lakukan"
(An-Nahl:91)

Kaifiat (cara) perjanjian
Mengasingkan diri di suatu tempat hanya dia dan Rabb sahaj lalu berkata, "Sesungguhnya engkau wahai diri tahu memberikan kesetiaan (perjanjian) kepada Allah SWT di beberapa detik perhentian harianmu, pada detik itu engkau berdiri di hadapan Allah SWT serta membisikkan kepadanya dengan bermaksud : " Hanya Engkau yang sembah dan hanya Engkau yang kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka itu, bukannya (jalan) yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
(Al-Fatihah:4-7)

Ingatlah wahai diri. Dalam munajat engkau itu terdapat suatu ikrar daripada Engkau "Bahawasanya engkau tidak mengabdikan diri melainkan kepada Allah SWT, tidak memohon pertolongan melainkan darinya dan bahawasanya engkau akan beriltizam di atas jalan yang lurus, iaitu Islam dan tidak mencari jalan-jalan lain yang sesat lagi menyesatkan, yang jelas dimurkai Allah SWT. Barangsiapa yang membatalkan (mencabuli) perjanjiannya maka sesungguhnya akibatnya hanya akan tertanggung ke atasnya, juga barangsiapa yang tersesat, maka sesungguhnya akibat kesesatan itu hanya akan ditanggung oleh dirinya sahaja.

Muraqabah
Firman Allah SWT: " (Allah) yang melihatmu ketika engkau berdiri (mengerjakan) sembahyang dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud."
(As-Syuara:218-219)

Tentang ihsan ketika nabi Muhammad SAW ditanya : "Bahawasanya engkau menyembah Allah SWT seakan-akan engkau melihatNya, engkau tidak melhatnya maka sesungguhnya ia melihat engkau."
(Hadith Riwayat Muslim)

Muraqabah ialah menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah SWT di setiap waktu dan keadaan seterusnya mendampingi-Nya / mengingatiNya ketika tersembunyi ataupun secara terang-terangan.

Kaifiat (cara) Muraqabah
Mengamati dirinya sebelum memulakan pekerjaan dan dipertengahkan amalnya. Apakah geraknya dalam mengerjakan amal ketaatan itu semata-mata untuk kepentingan dirinya atau mencari keredhaan Allah SWT dan kurniaNya

Muhasabah
Firman Allah SWT: " Wahai orang-oarng yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalannya untuk hari esok (dilihat) dan sekali lagi diingatkan, bertaqwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan."
(As-Hasyr:18)

Muhasabah : menghisab dirinya setelah mengerjakan amal. Apakah tujuan & matlamatnya dalam ia beramal itu? Adakah kerana Allah SWT? Apakah amalnya diresapi oleh sifat riak? Apakah ia melakukan sebarang perkara yang ditegah oleh Allah SWT di waktu siangnya? Apakah ia telah menunaikan segala hak-hak Allah ke atasnya juga hak-hak manusia? Semoga Allah meredhai Baginda Umar Al-Faruq ketika baginda mengatakan : Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab, timbangilah (amalan kamu) sebelum kamu ditimbang dan bersedialah untuk hari pengadilan yang Maha Besar.

Allah berfirman : " Pada hari (amalan) kamu dibentangkan dan tidak disembunyikan dari kamu."
(Al-Haqqah:18)

Satu waktu yang khusus dipermulakan siang-siang di mana waktu itu ia berjanji pada dirinya untuk memperbetulkan niatnya dan membina segala kewajian seterusnya membebaskan dirinya dari riak. Demikian juga pada waktu akhiran, di mana waktu itu mengasingkan diri dan menghisab keseluruhan amalnya. Jika ia dapati dalam amalan kebaikan, maka terus memuji Allah SWT kerana menunjukkan jalan yang benar. Diketika itu juga memohon kepada Allah menetapkan hatinya untuk terus melakukan ketaatan dan meningkatkan amalannya. Tetapi jika didapati amalannya adalah sebaliknya, maka ia bertaubat kepada Allah SWT, menyesali serta memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Jumaat, 2 Januari 2009

Kekuasaan ALLAH..




Asal Kejadian Manusia

Sudah tidak dapat diingkiri bahawa asal penciptaan manusia adalah dari tanah, baik secara langsung seperti penciptaan Nabi Adam atau melalui proses penciptaan secara ilmiah seperti anak cucu Adam. Firman Allah:

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati tanah ".

(QS. Al Mu’minun: 12)

Ayat tersebut menjelaskan tentang asal penciptaan manusia iaitu dari saripati tanah. Ada beberapa riwayat yang menceritakan tentang proses penciptaan Nabi Adam:

Riwayat Ibnu Abbas: “ Nabi Adam diciptakan dari tanah yang diambil dari daerah tertentu antara lain kepala diambil dari tanah Ka’bah, dada diambil dari belahan bumi, perut diambil dari tanah India, tangan diambil dari tanah bagian timur dan kaki diambil dari tanah bagian barat ”.

Riwayat Wahab bin Munabbih: “ Nabi Adam diciptakan dari tujuh macam tanah, kepalanya dari tanah pertama, lehernya dari tanah kedua, dadanya dari tanah ketiga, tangannya dari tanah keempat, punggungnya dari tanah kelima, perutnya dari tanah keenam dan paha dan anusnya dari tanah ketujuh ”.

Riwayat lain: “ Nabi Adam diciptakan dari tanah yang diambil dari tanah tertentu antara lain: kepala dari tanah Baitul Maqdis, wajah dari tanah syurga, telinga dari tanah bukit Tursina, dahi dan punggung dari tanah Irak, gigi dari tanah Kawtsar, tangan kanan dari tanah Ka’bah, tangan kiri dari tanah Persia, kaki dari tanah India, tulang dari tanah gunung, kemaluan dari tanah Babil, perut dari tanah Khurasan, hati dari tanah syurga Firdaus, lidah dari tanah Thaif dan mata dari tanah Telaga Nabi ”.

Riwayat lain: “ Allah memerintahkan malaikat untuk membuat bentuk tubuh Adam dengan tanah yang dicampur dengan empat macam air yaitu air tawar untuk liurnya, air asin untuk air mata dan keringatnya, air manis untuk ingusnya dan air pahit untuk kotoran telinga. Setelah bentuk selesai maka dibuatkan sembilan lubang: Dua lubang hidung, dua lubang telinga, dua lubang mata, lubang anus dan lubang kemaluan dan lubang mulut. Setelah sempurna maka ditiupkan ruh kedalam jasad ".

Firman Allah: “ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari air mani yang bercampur ” (QS. Addahr: 2), Ayat ini menjelaskan penciptaan manusia secara proses ilmiah yaitu bercampurnya sperma laki-laki dengan ovum wanita. Air mani yang dihasilkan manusia berasal dari makanan atau minuman yang dikonsumsi sedangkan makanan atau minuman dihasilkan oleh bumi / tanah sebagai sumber kehidupan manusia.



Proses Kejadian Manusia Menurut Petunjuk Al-Quran dan Sunnah

" Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari sari tanah, kemudian kami menjadikannya air mani pada tempat yang kukuh dan terpelihara (rahim) kemudian kami menjadikan air mani itu segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, lalu segumpal daging kami jadikan tulang-tulang, maka kami liputi tulang-tulang itu dengan daging, kemudian kami menjadikannya satu bentuk yang lain. Maha suci Allah sebaik-baik pencipta ".

(QS. Al Mu’minun: 12-15)

Proses kejadian manusia berawal dari dalam kandungan selama lebih kurang sembilan bulan lamanya. Selama didalam kandungan kejadian manusia mengalami beberapa proses:

pertama dari setitis air mani setelah beberapa lama menjadi segumpal darah, kemudian setelah beberapa lama menjadi segumpal daging, kemudian dari segumpal daging tadi dijadikan tulang-tulang yang dibungkus oleh daging-daging tersebut kemudian dijadikanlah bentuk rupa yang sempurna. Didalam hadits Bukhari Muslim masa tiap-tiap perubahan adalah 40 hari dan setelah sempurna maka Allah mengutus malaikat untuk menulis empat ketentuan:

Menuliskan amal perbuatannya selama hidupnya

Menuliskan rizkinya kaya atau miskin

Menuliskan nasibnya baik atau buruk

Menuliskan ajalnya kapan, dimana dan bagaimana ia mati

Setelah itu barulah ditiupkan ruh kedalam jasadnya. Dalam satu riwayat Allah memerintahkan malaikat untuk mengambil ruh dari tempatnya kemudian dibawa kedalam syurga untuk disucikan kemudian Allah memerintahkan ruh untuk masuk kedalam tubuh manusia, dengan rasa tunduk kepada Allah ruh itu menolak masuk kedalam jasad manusia karena ruh adalah unsur yang halus dan suci titisan dari manusia yang sempurna iaitu Nabi Muhammad SAW yang tidak dapat masuk ke dalam tempat yang penuh dengan dosa dan kegelapan. Allah berfirman: “Kau Aku paksa masuk ke dalam jasad manusia dan untuk mengeluarkannyapun Aku paksa”. Ruh mulanya masuk melalui hidung pada masa 40 th kemudian naik ke otak, kemudian mengisi kepala dan leher, kemudian turun ke dada dan pusat, kedua tangan dan kaki sampai tersebar keseluruh tubuh membentuk darah.

Allah menciptakan manusia dengan sempurna iaitu diberikannya bentuk tubuh yang baik, akal fikiran dan nafsu, kemudian manusia itu sendiri yang menentukan mampu atau tidaknya menggunakan pemberian Allah dengan baik (QS. Attin: 4-5). Ruh sebagai kuasa untuk menghidupkan seluruh anggota badan, Akal sebagai alat untuk menerima ilmu pengetahuan atau untuk mengetahui hakikat sesuatu secara logik tanpa mempertimbangkan hal-hal yang irasional, anggota tubuh seperti pancaindera yang hanya dapat merealisasikan secara indrawi tanpa mempertimbangkan pernghalangnya. Dari semua anggota tubuh manusia hanya Hati yang dapat menerima sesuatu yang mutlak dari Allah yang maha kuasa karena hati adalah sebagai tuan dari anggota tubuh, semua aktiviti anggota tubuh digerakkan oleh hati dan hati adalah Allah yang menggerakkan.



Kelebihan Allah yang diberikan kepada Manusia

" Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan dia ketempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shalih; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya " (QS.Al Bayyinah:4-6).

" Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi manusia kebanyakan tidak bersyukur " (QS.Al Baqarah:243), (Al Mu’min:61), (Yunus:60).

" Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendakinya diantara hamba-hamba Nya " (QS.Al Baqarah:90).

Allah telah menyediakan dan memberikan beberapa kelebihan untuk manusia sehingga manusia yang asal mulanya sama diciptakan dari tanah kemudian mempunyai tingkat kelebihan yang berbeda disisi Allah karena ketaqwaan dan usaha mereka untuk mencapai kehadhirat-Nya. Kelebihan Allah yang diberikan kepada manusia diluar adat kebisaan manusia biasa (Khariqul Adat) dan diluar akal manusia, sehingga manusia yang mendapat kelebihan dapat berbuat diluar adat dan akal manusia.



> Para Rasul mendapat kelebihan Mu’jizat dengan jalan mendapat Wahyu dari Allah untuk bekal da’wah menegakkan agama Tauhid dan memberantas kemusyrikan.

Katakanlah: " Sesunggguhnya aku ini ( asalnya ) hanya manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku. Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa ” (QS. Al Kahfi:110 ).

" Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain. Diantara mereka ada yang Allah berkata-kata (langsung dengan Dia) dan sebahagian- sebahagiannya Allah meninggikannya beberapa darjat. Dan kami berikan kepada Isa putera Maryam beberapa Mu’jizat serta kami perkuat mereka dengan Ruhul Qudus " (QS.Al Baqarah:253)



> Para Nabi mendapat kelebihan Irhash dengan jalan mendapat Ilham dari Allah untuk bekal da’wah menegakkan kebenaran dan menghapuskan kejahatan.

" Dan sesungguhnya telah kami lebihkan sebagian Nabi-nabi itu diatas sebagian ( yang lain ) dan kami berikan Zabur kepada Daud " (QS.Al Isra:55).



> Para wali mendapat Karomah dengan jalan Mujahadah dan Riyadhoh yang tinggi dalam menjalankan pengetahuan tasauf hingga mencapai Ma’rifat kepada Allah. Hubungan para wali dengan Allah sudah sangat harmonis sehingga segala kelakuan mereka dalam ketentuan Allah tanpa ada pengaruh syaitan, hawa Nafsu dan keduniaan. Banyak kita temui Karomah para wali dijagat raya ini yang diluar kemampuan akal dan fisik manusia biasa untuk membuktikan keagungan dan kebenaran Allah.

" Ingatlah,sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa " (QS.Yunus:62-63)

> Para shalihin (orang-orang yang salih) mendapat Ma’unah karena ketaqwaan mereka kepada Allah dan Istiqomah dalam menjalankan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.

" Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu " (QS.Al Hujarat:13).

” Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat, Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan ” (QS.Al Mujadilah:11).

" Dan Allah mempunyai kelebihan ( yang dicurahkan ) atas orang-orang yang beriman " (QS.Ali Imran:152).

> Orang-orang yang Kafir atau Fasik mendapat Istidroj iaitu kelebihan yang luar biasa yang menyalahi adat kebisaan manusia dengan jalan bersekutu dengan syaitan atau Jin kafir sebagai uluran azab Allah karena kekafiran atau kefasikan mereka.

“ Dan kami lebihkan mereka (Bani Israil) atas yang lain didunia ini ” (QS.al Jatsiyah:16)


Oleh: Al Ustadz Achmad Yani, SAg.