Ahad, 30 November 2008

Pakaian Wanita Islam


Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga menampakkan kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bagian-bagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, dan tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim, Babul Libas)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu nipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.
Bukhtun adalah salah satu daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keadaan ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk gaya rambut, dengan berbagai macam pusat dalam salon-salon khusus, yang biasa disebut sebagai salon kecantikan, dimana banyak sekali lelaki yang bekerja dalam pekerjaan tersebut dengan upah yang sangat tinggi.

Tidak cukup dengan itu sahaja, banyak pula perempuan yang merasa kurang puas dengan rambut asli pemberian Allah. Untuk itu mereka memakai rambut palsu dan disambung dengan rambutnya yang asli, supaya nampak lebih menyenangkan dan lebih cantik, sehingga dengan demikian dia akan menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.

Satu hal yang sangat menghairankan, persoalan ini sekarang sering dikaitkan dengan masalah penjajahan politik dan kejatuhan moral, dan ini dapat dibuktikan oleh suatu kenyataan yang terjadi, dimana para penjajah politik itu dalam usahanya untuk menguasai rakyat sering menggunakan sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan dapat mengalihkan pandangan manusia, dengan diberinya kesenangan yang pada pandangan mereka dengan kesenangannya itu, manusia tidak lagi dapat lagi memperhatikan permasalahan yang yang mereka cetuskan..

KAHWIN LAMBAT DAN BERKHALWAT

Rasululullah bersabda:

لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

bermaksud: “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (bersunyi-sunyian) dengan seorang perempuan melainkan bersamanya mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Adakah maksud hadis ini telah dilupakan oleh umat Islam dewasa ini? Atau sememangnya mereka tidak pernah mengetahui wujudnya hadis ini?Mempunyai kekasih sudah menjadi trend baru kehidupan segelintir anak muda pada hari ini. Pasangan berdua-duaan di taman bunga, di kompleks beli-belah, di institusi-institusi pendidikan malah diperingkat sekolah rendah dan menengah sudah dianggap menjadi satu fenomena biasa dalam masyarakat moden hari ini? Malah ibu dan bapa seolah akur dengan suasana yang ada dengan memberi alasan: “ Kita tidak boleh mengongkong anak muda di zaman moden ini!”

Mereka yang cuba untuk membataskan pergaulan antara anak muda teruna dan dara akan dituduh sebagai kolot. ANTI PEMBANGUNAN! ANTI KEMODENAN! Kemodenan mengubah segala-galanya! Kemodenan telah menjadi alasan kukuh untuk menghalalkan segala-galanya. Adakah kemodenan menjamin redha Allah. Adakah itu alasan yang laku dijaja di Padang Mahsyar nanti?

Seorang majikan lelaki berdua-duaan dengan pekerja wanita di dalam bilik pejabat telah dihalalkan dengan alasan kerja. Seorang isteri berdua-duaan makan dan minum, keluar makan tengahari, keluar makan malam dengan suami orang juga sudah jadi fenomena dalam rencah kehidupan sesetengah ahli perniagaan dengan alas an perbincangan kerja! Malah si suami meredhakan dan merelakan dengan alasan : Kita bukan lagi hidup di zaman 60 an atau 70 an.

Hakikatnya, kehidupan masyarakat barat yang diakui telah runtuh akhlak dan moralnya telah berjangkit untuk menjadi virus berbahaya meratah urat dan daging umat Islam di timur. Sekiranya hari ini berdua-duaan dianggap biasa, tentu lagi 10-20 tahun akan datang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan juga akan menjadi fenomena biasa umat Islam. Malah bibit-bibit ke arah itu sudah mula wujud.

Inilah keadaan yang pernah digambarkan oleh Rasulullah menerusi sabda baginda bermaksud: “ Kamu pasti akan mengikut gaya hidup umat sebelum kamu sejengkal-demi sejengkal, hingga akhirnya sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu pasti akan mengikutnya.” Sahabat bertanya : Siapakah mereka itu wahai Rasululullah? Yahudi dan Nasranikah? Jawab baginda: “ Siapa lagi!”

Apakah kemodenan bererti kita harus mengikut tata cara hidup barat meskipun ia akhirnya memusnahkan maruah dan nilai murni masyarakat Islam? Adakah kemodenan bermaksud kembali hidup seperti tatacara hidup di zaman Jahiliyah di mana keseronokan seksual adalah segala-galanya.

Apa yang menarik lagi di saat meningkatkan maksiat berdua-duaan ini timbul satu lagi fenomena iaitu Kahwin Lambat! Statistik yang ada menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Perangkaan terbaru yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2000 menjelaskan keadaan ini.

JADUAL 1: PERATUS GOLONGAN YANG BELUM BERKAHWIN
Jangkamasa Golongan muda(20 – 34 tahun)(%) Wanita(20 – 34 tahun)(%)
1981 - 1990 43.2 60.2
1991 - 2000 48.1 68.5
* Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2. Jadual di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada peratusan golongan muda (20 –34 tahun) yang belum berkahwin dan peratusan wanita (20 –34 tahun) yang belum berkahwin di antara tahun 1981 – 1991 dan 1991 - 2000. Fenomena perkahwinan lambat ini sebenarnya berlaku kepada kedua-dua jantina sebagaimana dapat dilihat dari statistik umur minima perkahwinan pertama.

JADUAL 2 : UMUR MINIMA PERKAHWINAN PERTAMA
Tahun Lelaki (tahun) Wanita (tahun)
1980 26.2 23.5
1991 28.2 24.7
1994 Tidak dinyatakan 24.9
2000 28.6 25.1
*Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001

Jadual di atas menunjukkan kecenderungan berkahwin lewat dalam masyarakat sama ada di kalangan lelaki mahupun wanita. Sebagai contoh, pada tahun 1980, rata-rata wanita berkahwin pada usia 23 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 26 tahun. Tetapi, pada tahun 2000, rata-rata wanita berkahwin lebih lambat iaitu pada usia 25 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 28 tahun.

Jadi, melalui kedua-dua statistik ini didapati bahawa memang ada kecenderungan di kalangan ahli masyarakat untuk berkahwin lewat. Perkahwinan lambat mempunyai banyak factor, antaranya kerana factor pendidikan sehingga peringkat universiti yang bisanya tamat ketika berumur 24 tahun. Setelah itu mengejar kerjaya untuk mendapatkan kestabilan ekonomi dan mengumpul wang untuk membiayai kos perkahwinan yang semakin tinggi seolah-olah satu perniagaan.

Dalam tempoh tersebut jiwa remaja, keinginan berpasangan sudah bergelodak dalam jiwa, namun perkahwinan agak sukar untuk dibuat keputusan. Akhirnya berdua-duaan menjadi alternative bagi melepaskan keinginan seksual yang ada. Tetapi bahaya dan risikonya ialah ramai yang terlanjur lalu berzina. Akhirnya berlakulah pembuangan bayi yang tidak berdosa. Tidakkah ia bermula dengan berdua-duaan? Justeru apa yang perlu kita lakukan?



GAMBAR : ABDULLAH FAHMI BERSAMA ISTERINYA

12 barisan manusia di Padang Mahsyar

12 barisan manusia di Padang Mahsyar

PADA suatu hari, Muaz bin Jabal menghadap
Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah:
Ketika sangkakala ditiup, maka kamu sekalian
datang berbaris-baris.”(Surah an-Naba', ayat 1.

Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis
hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab: “Wahai Muaz, engkau bertanyakan
kepada aku perkara yang amat besar, bahawa
umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris menjadi
12 barisan, masing-masing dengan pembawaan
mereka sendiri."

Maka, dinyatakan apakah 12 barisan itu.


Barisan pertama, diiring dari kubur dengan tidak
bertangan dan berkaki.


Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
bermaksud: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini
balasannya.”


Barisan kedua, diiring dari kubur berbentuk babi
hutan.

Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih: “Mereka itu ialah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka.”


Barisan ketiga, diiring dari kubur berbentuk keldai,
perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

Mereka ialah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka.


Barisan keempat, diiring dari kubur dengan
keadaan darah seperti air pancutan keluar dari
mulut mereka.

Mereka ialah orang yang berdusta dalam jual beli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.


Barisan kelima, diiring dari kubur dengan bau
busuk. Ketika itu Allah menurunkan angin
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman
di Padang Mahsyar.

Mereka itu ialah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka takut diketahui manusia, tetapi
tidak pula takut kepada Allah, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka."


Barisan keenam, diiring dari kubur dengan kepala
mereka terputus dari badan.

Mereka ialah orang yang menjadi saksi palsu.
Inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.


Barisan ketujuh, diiring dari kubur tanpa
mempunyai lidah, tetapi dari mulut mereka
mengalir keluar nanah dan darah.

Mereka ialah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.


Barisan kelapan, diiring dari kubur dalam keadaan
terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Mereka ialah orang yang berzina. Inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan kesembilan, diiring dari kubur dengan
wajah hitam gelap dan bermata biru sementara
dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

Mereka ialah orang yang makan harta anak yatim
dengan cara haram, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-10, diiring dari kubur mereka dalam
keadaan tubuh mereka penuh sopak dan kusta.

Mereka ialah orang yang derhaka kepada orang
tuanya, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka.


Barisan ke-11, diiring dari kubur mereka dengan
berkeadaan buta, gigi memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir melebar sampai ke dada dan
lidah terjulur memanjang sampai ke perut serta
keluar beraneka kotoran.

Mereka ialah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.


Barisan ke-12, mereka diiring dari kubur dengan
wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.
Mereka melalui titian sirat seperti kilat.

Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha
Pengasih memaklumkan:

“Mereka ialah orang yang beramal salih dan
banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan
derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat.

Maka, inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah syurga, mendapat keampunan,
kasih sayang dan keredaan Allah Yang Maha

Al-Quran penawar mujarab penyakit rohani, jasmani

CAHAYA al-Quran menyinari seluruh dunia sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi peribadi yang menghendaki ketenteraman, kedamaian serta kebahagiaan.
Al-Imam Ghazali berkata dalam kitabnya Ihya Ulumuddin: “Segala macam ilmu pengetahuan, baik yang terdahulu, sekarang, akan datang, semuanya berpunca daripada al-Quran.”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulnya.”

Sejarah membuktikan, sejak al-Quran diturunkan pada malam 17 Ramadan di Gua Hira’, ia berjaya mengubah umat jahiliah yang hidup tanpa sebarang peraturan dan sistem akhlak kepada umat terbaik serta dicontohi dalam segala bidang.
Hal ini dibuktikan oleh Rasulullah SAW di mana selama 23 tahun memimpin umat Islam berpandukan al-Quran, Islam menjadi agama kuat dan dinamik. Ajarannya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia.
Al-Quran menjadikan umat Islam pada zaman kepemimpinan Rasulullah SAW dan khalifah Al-Rashidin berjaya mencipta satu tamadun baru kepada dunia hingga berjaya meruntuhkan dua tamadun besar dunia pada ketika itu iaitu Rom dan Parsi.
Firman Allah bermaksud: “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang yang beriman, dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan (apa-apa) kepada orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian semata-mata.” (Surah al-Isra’, ayat 82)

Dalam memahami ayat itu, Imam Muhamad Al-Razi dalam tafsirnya Al-Fakhul al-Razi menjelaskan bahawa al-Quran adalah penawar yang boleh menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.
Penyakit dibahagikan kepada dua bahagian. Penyakit iktikad yang batil dan sesat serta penyakit akhlak yang buruk.
Beliau menjelaskan seterusnya bahawa yang dimaksudkan dengan iktikad yang batil dan sesat itu ialah pegangan salah terhadap masalah ketuhanan dan kenabian.
Al-Quran lengkap dengan peraturan bagi jalan hidup yang benar, selaras kehendak Allah , malah boleh menjadi ubat untuk menyembuhkan penyakit.
Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: ‘Barang siapa yang tidak dapat mengubati penyakit dengan al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkan penyakitnya.”

Penyakit dan keburukan akhlak seperti tidak amanah, najis dadah dan arak adalah penyakit yang tidak mungkin dapat diubati dengan cara lain selain al-Quran, yang perlu dibaca dan diamalkan.
Selagi al-Quran tidak diamalkan dalam erti kata sebenar, maka semua penyakit itu tidak akan dapat diubati.
Pada hari ini, saat ini, kita perlu bertekad mengembalikan diri dan seluruh hidup kepada al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
Pertama, hak untuk bertilawah kepadanya . Kedua, hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan. Ketiga, hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.